Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau Awak Sayang Hubungan Kita, Jadi Gentleman Call Dan Mesej Saya, Kata Zarina Anjoulie

 


Baru-baru ini viral satu perkongsian di laman tiktok menjawab pertanyaan netizen kenapa hubungan pertunangan antara Anju dan Khazrul terkubur di tengah jalan.


Menerusi satu penjelasan panjang lebar, Khazrul menjawab pertanyaan daripada netizen menjelaskan bukan berat badan menjadi masalah dalam perhubungan mereka. 


Terbaru, menerusi satu perkongsian di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa Anju meminta kepada tunangnya itu supaya menjadi ‘gentleman’ untuk selesaikan masalah mereka.


Katanya, jika masih sayangkan hubungan lebih baik hubungi terus untuk berbincang dan bukannya memuat naik perkongsian di TikTok.


“Kalau awak rasa saya sayang lagi hubungan kita kemudian jadi gentlemen, call saya, mesej saya. Bukan posting kat TikTok pasal saya. Awak pernah jadi tunang saya, sudah tentu saya boleh bincang dengan awak,” tulisnya.


Sementara itu, Anju juga mendedahkan bahawa kerana ego, hubungan mereka runtuh dan meminta Khazrul untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang berkaitan.



"Ingatlah bahawa ego adalah punca utama yang boleh merosakkan sebarang hubungan. Kerana ego, hubungan kami runtuh. Jadilah seorang lelaki dan perbaikilah," tulisnya.


Sebelum ini, Khazrul berkata bahawa dia menerima Anju seadanya dan isu berat badan bukanlah masalah, tetapi ada perkara lain yang perlu diselesaikan.


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments