Ticker

6/recent/ticker-posts

"Saya ikhlas, boleh kita jadi kawan?," - Bekas suami Nad Zainal dedah pengalaman cuba digoda wanita

 


Bekas suami kepada pelakon Nad Zainal iaitu Faliq Amiruddin menjadi perhatian apabila memuat naik perkongsian kiriman mesej peribadi yang diterimanya.


Menerusi paparan yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya, Faliq mendedahkan dia menerima mesej daripada seorang individu tidak dikenali identiti yang cuba untuk mendekatinya.


"Saya bukan lelaki murahan," tulis Faliq menerusi tangkap layar yang dimuat naik.



Pada perkongsian itu, individu terbabit dilihat cuba mendekati Faliq dengan mengatakan dia ingin berkawan dengannya. Bagaimana pun, pelawaan terbabit ditolak oleh ayah kepada dua cahaya mata itu.


"Saya ikhlas, boleh kita jadi kawan?," soal individu berkenaan sebelum dibalas Faliq dengan emoji sticker pangkah.


Selain itu, individu tersebut turut mempunyai niat untuk menawarkan Faliq hadiah dengan seikhlas hati, bagaimanapun ditolak kerana Faliq tidak berminat dengan pelawaan berkenaan.


Terdahulu, Faliq dan Nad Zainal pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2 hasil perkahwinan itu.



Bagaimanapun, mereka disahkan bercerai pada September 2022, namun enggan berkongsi punca perpisahan.


Pada Januari lalu pula, Nad telah mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan sudah bernikah dengan pelakon Ungku Ismail.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments