Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya minta maaf banyak-banyak kepada pemilik nombor plat AME12, kata Amir Raja Lawak

 


Pelawak Amir Raja Lawak, 34, memohon maaf kerana mengelirukan ramai dengan nombor pendaftaran kereta baharunya yang disunting dalam hantaran gambar terdahulunya.


Amir berkata, nombor pendaftaran sebenar keretanya adalah AME1219 dan bukannya AME12. Dia juga berharap pemilik sebenar nombor pendaftaran kereta itu turut memaafkannya.



"Assalamualaikum. Saya rasa lepas saya 'post' gambar bersama kereta tadi, ada salah faham sebab orang anggap nombor saya dua angka itu.


"Sebenarnya ini nombor saya yang betul iaitu AME1219. Nombor 19 yang belakang itu tarikh lahir saya. Gambar penuh plat saya tadi, saya 'edit'.


"Dengan ini saya minta maaf juga banyak-banyak kepada pemilik nombor plat AME12," katanya.



Semalam, Amir berkongsi kegembiraan berjaya memiliki kereta baharu hasil titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni.


Dia turut memuat naik gambarnya bersama kenderaan jenis Perodua Alza dengan menggubakan nombor pendaftaran AME12. 


Namun sejurus itu, Amir memuat naik perkongsian baharu menjelaskan kekeliruan terbabit.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments