Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Ramai Teruja Michelle Yeoh Menang Oscar? Tanya PU Syed

 



Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh memenangi Anugerah Akademi (Oscar) ke-95, menjadikannya pencapaian pertama oleh artis dari benua Asia.


Namun, PU Syed, seorang pendakwah bebas, mempertikaikan sikap beberapa individu yang bangga dengan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh. 


Dalam perkongsian di Instagram, PU Syed mempersoalkan kepentingan anugerah tersebut dan menyatakan bahawa kita tidak patut berbangga dengan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada urusan agama Islam.




“Apa dibangga dengan anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yang perlu dibanggakan sangat tu? Kita tidak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada urusan agama,” katanya.


Memetik perkongsian dari portal rotikaya, perkongsian PU Syed itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu serta mendakwa filem Everything Everywhere All At Once lakonan Michelle itu membawa perkara yang tidak selaras dengan nilai-nilai Islam.


Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa tidak salah untuk meraikan kejayaan anak Malaysia dan tidak negatif selagi tujuan mereka adalah untuk memberikan inspirasi dan semangat yang positif, dan bukan untuk menyokong perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama.




Untuk rekod, Yeoh memenangi kategori sama dalam beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe Ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.


Sumber: Instagram PU Syed


Post a Comment

0 Comments