Ticker

6/recent/ticker-posts

Farid Kamil bongkar punca sebenar kenapa Diana Danielle tiba-tiba minta cerai

 



Pelakon, Farid Kamil mencuri perhatian apabila tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, dengan membawa sejambak bunga bagi memujuk isterinya, Diana Danielle, pagi ini.


Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari yang tiba kira-kira jam 9 pagi kelihatan tenang dan tersenyum sambil membawa sejambak bunga antaranya mawar merah.


"Bunga ini untuk Diana tanda perdamaian pertama," katanya ringkas ketika ditanya sebab membawa sejambak bunga, hari ini.



Hari ini difahamkan Farid akan memaklumkan kepada mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.


Terdahulu, Diana yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam tiba di mahkamah pada jam 8.55 pagi.


'Salam Ramadan," katanya kepada wartawan sebelum memasuki mahkamah.


Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.



Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.


Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.


Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments