Ticker

6/recent/ticker-posts

(Gambar & Video) Pasangan meninggal dunia nahas 5 kenderaan selepas ziarah kematian abang

 


Suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan petang semalam dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang.


Mangsa, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Habsah Ismail, 42, bersama seorang anak yang terselamat dalam nahas itu dikatakan baru pulang menziarah kematian abangnya di Besut.


Sebelum kejadian, mangsa, Habsah sempat memuat naik status terakhir dengan meluahkan perasaan sedih selepas kehilangan abang iparnya di Facebook.



"Pergimu dihari dan bulan yang terbaik.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang² yg beriman ...salam takziah buat keluarga kakak ipar...tiada lagi gurau senda...senyum tawa..abg Gie sentiasa dlm kenangan kami...dia selalu akan tunggu kami kalau ke Besut... ya Allah semoga syurgamu untk abang ipar ku..aamiin," katanya menerusi di Facebook.

Difahamkan, pasangan terbabit hanya membawa anak lelaki ke Besut manakala anak sulung dan kedua mereka tidak ikut sama.


Semalam sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori di Kilometer (KM) 46 Kampung Selamat, Sungai Tong, jam 1 tengah hari.










Kemalangan itu juga turut menyebabkan anak pasangan Faizul Azman dan Habsah, Muhammad Daniel Dzulkarnain Faizul Azman, 13, cedera parah di muka.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata kemalangan itu membabitkan lima kenderaan dan 16 mangsa dalam sebuah lori, Proton Exora, Nissan Navara, Perodua Axia dan Toyota Wish.


Sumber : Berita Harian Online

Post a Comment

0 Comments