Ticker

6/recent/ticker-posts

Isteri kalau baik takpe. Ini macam iblis balik tiga pagi, mabuk, bau ar*k, makan b*bi dan keluar dengan jantan, kata Afiq Muiz

 



Berang pelbagai fitnah dilemparkan kepadanya, pelakon Afiq Muiz membuat kenyataan balas mendakwa isterinya, Pachara Apin bukanlah wanita yang baik dan pernah mencuranginya.


Pendedahan dibuat Afiq atau nama sebenarnya, Muhammad Afiq Muiz Azman Shah ketika membalas semula komen ditinggalkan netizen dalam entri dimuat naik dalam Instagram (IG) yang memaparkan fotonya sedang menunggang kuda.



"Isteri kalau baik takpe. Ini macam iblis balik tiga pagi, mabuk, bau arak, makan babi dan keluar dengan jantan (lelaki lain). Fitnah aku pula dayus," tulisnya.


Mengulas kecaman dibuat pengguna IG berhubung dakwaan mengasari isterinya seperti dikongsi Pachara di Facebook dan aplikasi TikTok tahun lalu, pelakon berusia 31 tahun ini tetap menyatakan segala tuduhan sebagai fitnah.




"Kepala .... kau pukul. Dia yang macam .... keluar dengan lelaki lain. Balik rumah mabuk.


"Beria, kau terpaling tahu. Dia yang buat cerita kau yang percaya. Lepas itu apa masalahnya dengan aku," kata Afiq.


Kecewa segala fitnah yang ditabur, Afiq memberitahu, dia kini sudah tawar hati dengan wanita asal Ranau, Sabah itu.


"Setelah fitnah yang ditaburkan, aku ambil pilihan dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku.


"Lagipun, dia ada orang lain," luahnya.


Menjawab saranan dibuat netizen supaya melepaskan isterinya secara baik dan bukannya digantung tidak bertali selama dua tahun seperti didakwa, Afiq mengakui, keputusan itu agak sukar untuk dilakukan.




"Bukan mudah buat keputusan dalam keadaan diduakan (dicurangi). Bukan mudah untuk hadap muka orang yang melukakan hati," jawabnya.


Afiq bagaimanapun memberitahu akan pergi ke mahkamah untuk kes perceraian.


Semalam, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahadeya, 32, memfailkan tuntutan cerai secara fasakh ke atas suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun oleh Afiq.


Bagaimanapun, pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu tidak memberikan kerjasama apabila gagal hadir ke mahkamah sejak Pachara memfailkan tuntutan cerai secara baik pada 26 Ogos tahun lalu.


Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 April ini bagi prosiding seterusnya.


Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.


Sumber : BH Online

Post a Comment

0 Comments