Ticker

6/recent/ticker-posts

Terpaksa henti jual Menu Rahmah kerana tiada sambutan, kata peniaga

 


Baru-baru ini viral satu  video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang peniaga yang terpaksa memberhentikan menu rahmah di restoran miliknya kerana kurang mendapat sambutan dari pengguna.


Mohamad Fakhrullah Shahran, 30, memberikan reaksinya mengenai video yang menjadi tular di media sosial mengenai keputusannya untuk menghentikan jualan Menu Rahmah. 


Beliau memperkenalkan hidangan Menu Rahmah iaitu nasi ayam kicap dan nasi ayam goreng kunyit dengan harga RM5 setiap satu sejak 18 Februari lalu. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa berhenti menjual hidangan tersebut pada Khamis lepas kerana tiada sambutan.


"Keputusan saya bagi hentikan jualan Menu Rahmah ini kerana ia tidak dapat sambutan, selain lokasinya yang tidak sesuai untuk diperkenalkan menu berkenaan.




"Jadi saya minta orang ramai supaya berhenti menyalahkan kerajaan yang sudah berusaha memperkenalkan kaedah itu bagi membantu rakyat," kata pemilik restoran Tong Kayu Kafe di Jalan Bukit Kecil, di sini.


"Hidangan berkenaan tidak pernah dijual sebelum ini dan dibuat khusus bagi Menu Rahmah malah sepanjang tempoh itu, didapati tidak sampai 100 bungkusan yang dijual, menyebabkan berlaku pembaziran.


"Punca ia tidak mendapat sambutan mungkin kerana faktor lokasi premis ini yang dikelilingi kawasan perumahan berkeluarga dan bukan dalam kalangan pekerja pejabat atau perindustrian.


"Kadar sewaan premis yang tinggi juga menyebabkan saya tidak mampu lagi menanggung kerugian berikutan jualan yang tidak mendapat sambutan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Mohamad Fakhrullah Shahran, 30, memberikan penjelasan mengenai pemberhentian jualan Menu Rahmah melalui video yang menjadi viral di media sosial. Beliau menjelaskan bahawa menu yang tidak mendapat sambutan tidak bermakna tidak sedap, tetapi terdapat beberapa hidangan lain di restorannya yang mendapat sambutan menggalakkan.




Menurut Mohamad Fakhrullah, restorannya menawarkan 33 jenis hidangan lain dengan harga antara RM7 hingga RM19 setiap satu, dan penjualan hidangan tersebut melebihi 100 bungkus sehari. Oleh itu, beliau berharap orang ramai tidak menyalah tafsirkan keputusannya untuk menghentikan jualan Menu Rahmah.


"Saya juga tidak salahkan orang ramai terutama warganet kerana mungkin mereka hanya salah faham dan diharap selepas ini sudah tidak timbul lagi isu berkenaan selain berhenti mengaitkannya dengan politik.


"Saya tidak pernah menyesal memperkenalkan Menu Rahmah kerana sempat berbuat amal sedekah dengan jualan yang murah kepada orang ramai, mungkin jika dijual di lokasi yang sesuai, ia dapat bantu golongan sasar," katanya.


Sumber : Harian Metro




Post a Comment

0 Comments