Ticker

6/recent/ticker-posts

Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian diasak dedah rahsia sebenar 1MDB


Selebriti Leonardo DiCaprio dan Kim Kardashian sedang disiasat oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (IRS) dan Jabatan Kehakiman (DoJ) berhubung penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Menurut laporan Bloomberg Businessweek hari ini, pada bulan April 2018, DiCaprio memberitahu seorang agen mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang bermula di kelab malam.


Katanya, dia diberitahu bahawa wang yang diberikan oleh Jho Low datang dari 'individu paling kaya' yang tidak dikenali di Abu Dhabi dan Jho Low adalah seorang 'pakar perniagaan'.


Laporan itu menyatakan bahawa hubungan Jho Low dengan DiCaprio dan selebriti lain mendapat perhatian ketika pendakwa raya bersedia untuk perbicaraan yang melibatkan ahli kumpulan hip hop, Fugees, Prakazrel 'Pras' Michél.


Michél telah didakwa membawa wang asing ke kempen bekas Presiden AS, Barack Obama dan melobi bagi pihak Jho Low dan kerajaan China.


Antara senarai saksi yang berpotensi memberi keterangan di mahkamah termasuklah DiCaprio, Obama, bekas presiden AS, Donald Trump dan pengusaha hotel, Steve Wynn.


Dokumen yang sebelum ini tidak didedahkan oleh FBI, yang diperiksa oleh Bloomberg Businessweek, menawarkan perincian yang lebih terperinci mengenai tawaran itu dan menunjukkan bagaimana ejen persekutuan memaksa selebriti dan pengurus mereka untuk mendapatkan maklumat tentang Jho Low.


Kardashian misalnya, pada Februari 2019 memberitahu FBI pertemuannya dengan Jho Low dan berpesta di Las Vegas dengan ahli perniagaan itu memberi tunangnya ketika itu, Kris Humphries, AS$100,000 (RM447,550) untuk bunga api bagi perkahwinan mereka pada 2011.


Beberapa tahun kemudian, dia menawarkan karya Basquiat kepada Kim, mendorong suaminya ketika itu, Kanye West, untuk meminta Monet, tulis ejen berkenaan.


Bloomberg Businessweek berkata, wakil DiCaprio dan Kim bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Kim turut menceritakan perihal pemindahan wang yang luar biasa.


Berdasarkan ringkasan temu bual FBI, dia dan yang lain termasuk penerbit bersama Wolf of Wall Street, Riza Aziz dan Joey McFarland, berada di kasino di Las Vegas bersama Jho Low. - AGENSI


Sumber :Berita Harian Online

Post a Comment

0 Comments