Ticker

6/recent/ticker-posts

Masa Awal Kahwin Dulu, Kitorang Duduk Flat Je, Susah Senang Sama-Sama, Kata Shuhada

 


Isteri kepada pelakon popular Hafidz Roshdi, iaitu Nurul Shuhada, tersedu-sedu apabila menceritakan pengalaman mereka pada permulaan perkahwinan.


Melalui sebuah video yang dikongsikan oleh usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Shuhada berkongsi bahawa mereka pernah tinggal di sebuah rumah pangsa dan mengalami pelbagai cabaran dalam hidup.


“Kami pernah duduk di flat masa awal kahwin dulu, susah dan senang sama-sama,” katanya.




Dalam perkongsian video itu, Aliff turut menyelami isi hati Nurul Shuhada membabitkan konflik rumah tangganya serta apa yang dirasai oleh ibu kepada dua cahaya mata itu.


“Hari ini, pertama kali saya jumpa Shuhada. Riak wajah dia nampak sedih dan memendam. Saya cuba menyelami apa yang dia rasakan dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumah tangga mereka alangkah lebih baik,” katanya.


Aliff turut mengumumkanvShuhada sebagai duta koleksi hijab jenamanya dalam masa sama cuba membantu untuk meringankan beban meneruskan kehidupan.




“Saya juga tahu, Shu struggle demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantunya dengan menjadi duta koleksi hijab jenama syarikat. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu Shu teruskan kehidupan,” katanya.


Terdahulu, Hafidz berkata dia masih menyayangi Shuhada serta mahu berbaik semula serta berharap ruang berdamai masih terbuka.


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments