Ticker

6/recent/ticker-posts

Farid Kamil Tawar RM319,700 Termasuk Vellfire Pujuk Diana Danielle

 



Pelakon Farid Kamil telah membuat tawaran pendamaian kepada isterinya, pelakon Diana Danielle hari ini, dengan harapan dapat menyelamatkan rumah tangga mereka.


Tawaran tersebut termasuk sebuah kereta Toyota Model Vellfire bernilai RM225,000 dan barang kemas bernilai RM10,700. 


Farid berharap tawaran ini dapat membantu merapatkan hubungan mereka dan meneruskan hidup bersama dengan bahagia.




Bukan itu saja, turut dikemukakan wang pendahuluan nafkah selama empat bulan iaitu dari Mac hingga Jun 2023 bernilai RM40,000 serta bayaran balik tiket Umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.


Dalam pada itu, Farid berharap dengan tawaran berkenaan mampu melembutkan hati isterinya sebagai usaha untuk menyelamatkan keluarganya.




“Saya Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, , Diana Danielle Danny Benson tawaran seperti berikut sebagai usaha untuk menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.


“Saya harap tawaran ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya.


Difahamkan, hari ini Farid hadir menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada jam 11.40 pagi tadi.


Sumber : Rotikaya


Post a Comment

0 Comments