Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan terjerat auta anti-vaksin

 


Dunia mengalami perubahan besar disebabkan oleh satu v1rus yang diberi nama C0VID-19, kini seluruh dunia tidak sabar menantikan kemunculan penawar tersebut.


Mengikut laporan dari sinar harian.Beberapa syarikat telah mengeluarkan laporan bahawa vaksin yang dihasilkan syarikat mereka sudah mencapai lebih 90 peratus kejayaan.


Bagaimanapun, golongan anti-vaksin atau dikenali sebagai anti-vaxx yang wujud dalam kalangan kita amat membimbangkan.


Golongan itu jelas menolak sebarang vaksin untuk mengubati penykit yang kini sudah membnuh seramai 1,395,296 orang di seluruh dunia.



Kita juga amat bimbang sekiranya peperangan untuk melawan penykit itu tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak.


Jika kita imbas sejarah lama, cacar air adalah salah satu daripada penykit dunia yang secara rasminya diisytiharkan pupus sejak 8 Mei 1980.


Ia merupakan hasil usaha kerjasama antarabangsa mencari, mengkaji dan menyediakan vaksin yang berupaya mencegah penularan penykit tersebut sehingga membawa kepada kejayaan.


Vaksin merupakan proses memasukkan bakteria atau v1rus tertentu yang telah m4ti dan dilemahkan sebelum dimasukkan ke dalam badan melalui suntikan. Apabila sistem imunisasi badan berjaya mengesan v1rus, ia akan segera bertindak mengh4pus dan menceg4h daripada berulang.



Namun, perkara paling penting dalam hal vaksin itu adalah untuk mewujudkan herd immunity iaitu apabila orang yang divaksin itu berjaya menjadi pelindung kepada golongan yang tidak divaksin.


Jika ramai orang yang divaksin, maka perlindungan menjadi lebih kebal. Satu-satu kelompok itu akan kebal daripada ancman penykit.


Apabila hampir semua masyarakat sedar dan menerima vaksin, maka penykit tidak lagi mampu menyerang kerana perlindungan kebal yang diwujudkan sesebuah masyarakat.


Masyarakat perlu sedar bahawa itulah tujuan wujudnya vaksin. Vaksin bukan untuk kebaikan diri kita sahaja tetapi untuk ahli masyarakat yang lain juga.


Jangan disebabkan terlalu terikut-ikut dengan propaganda anti-vaxx yang penuh dengan auta dan penipuan, maka kita terus menafikan manfaat-nya.


Sehubungan itu, jadilah orang yang cerdik. Bertanyalah kepada yang pakar, bukannya terus dapat dan sebarkan perkara yang tidak tahu betul atau salah sehingga mengelirukan ramai orang.


Sumber : sinar harian

Post a Comment

0 Comments