Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen Bengang Cik B Show Off Gambar Boyfriend?

 



Dari semalam viral di media sosial, apabila dikatakan Cik B sudah memiliki kekasih hati. Perkara tersebut menjadi perhatian netizen apabila apabila Cik B memuat naik gambar seorang lelaki, @aniqshr  dengan kapsyen berbunyi…


“My fav person”


Pada masa yang sama, anak kepada jutawan terkenal, Dato’ Seri Vida, memuat naik gambar dia kekasihnya lagi menerusi ciapan twitter milik akaunnya.


Dalam ciapan tersebut Cik B membuat perbandingan tentang penampilan yang berbeza dan menulis, “The Girlfriend. The Boyfriend”.


Ramai yang membanjiri komen dan ada netizen minta Cik B berhenti menunjuk gambar kekasihnya kerana mereka masih lagi berstatus solo dan ada juga kononnya ingin membnuh diri menggunakan gunting terbalik. Kelakar betul netizen ni!


Ada juga netizen yang mencelah, kononnya ini hanyalah untuk drama lakonan terbaru cik b. Apapun kami mendoakan siapa pn lelaki yang berjaya menambat hati cik B, agar mereka bahagia selamanya...aaminn


Sumber : koolfm

Post a Comment

0 Comments