Ticker

6/recent/ticker-posts

Minta bantuan RM300 untuk makan, Kidal dikecam netizen dan ini komen jujur netizen khas buatnya...

 


Sukan e-sport adalah satu sukan yang paling pesat berkembang akhir-akhir ini, jika dulu bermain game dianggap hobi yang sia-sia dan membuang masa dan duit.Tapi kini pemain esukan sudah mampu memiliki kereta mewah dan hidup senang diatas usaha itu.


Bagaimana pun, lain jadinya dengan seorang pemain dota 2, Kidal yang dikatakan telah meminta bantuan kewangan kerana tiada duit untuk makan.




Difahamkan dia telah dikecam oleh netizen kerana mereka menganggap itu semua karma buat dirinya akibat sikap mementingkan diri sendiri suatu ketika dahulu.


Salam, Kidal perlukan bantuan kewangan sebanyk RM300 untuk makan/minum bulan ni. Harap ada sudi bantu Kidal untuk teruskan perjuangan ke TI.

Rata-rata netizen meninggalkan komen supaya dia berusaha untuk mencari kerja lain bagi meneruskan kehidupan.

Sebelum ini, pemain e-sports terkenal iaitu Soloz turut pernah memberikan 10,000 stars di permainan game Dota kepada Kidal untuk meneruskan permainan kerana kasihan dengan nasib yang menimpa dirinya.


Dalam masa yang sama, mereka turut mengingatkan kepada semua streamer supaya jangan menjadikan permainan video sebagai kerjaya utama kerana ia bukan la satu kerjaya yang stabil.

Sumber : hotfm

Post a Comment

0 Comments