Header Ads

Breaking

Monday, November 9, 2020

Wan Emir Tetap Setia Temani Mira Filzah Buat Kek Pisang Di Dapur

 


Umum tahu, pasangan paling romantik masa kini, Mira Filzah dan Wan Emir Astar telah membuat channel youtube khas untuk berkongsikan video kepada peminatnya.


Video kedua ini turut menjadi perhatian ramai apabila merakamkan detik-detik manis mereka sebagai suami isteri menghasilkan kek pisang bersama-sama buat pertama kali.


Rata-rata netizen memuji keserasian pasangan berkenaan melihatkan Mira lebih banyak bercakap berbanding suaminya sekaligus menunjukkan mereka saling melengkapi.

Diakhir video tersebut, Mira dan Wan Emir merasai hasil kek masing-masing. Lebih manis, Mira turut menyuapkan kek ke dalam mulut Emir.


Bagaimanapun ada segelintir netizen yang memberi komen terhadap masakan tersebut. Malah, ada yang cuba betulkan kesalahan Mira Filzah dalam pembuatan kek tersebut.

Sementara itu, ramai yang memuji sikap romantis pasangan itu dan kecomelan mereka. Tidak kurang juga ramai yang cair setiap kali melihat cara Emir memandang isterinya penuh kasih sayang.-rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.