Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramai yang hilang pekerjaan perlukan One-Off RM10,000 bukan RM500, kata Razlan

 



Pandemik covid-19 yang melanda bukan sahaja negara kita tapi satu dunia telah menyebabkan banyak negara yang mengalami masalah ekonomi yang teruk.Banyak sektor terpaksa gulung tikar dan tidak terkecuali pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja kerana pihak syarikat/majikan yang tidak mempunyai daya saing untuk membayar gaji lagi.


Pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sehingga 12 bulan tidak dapat membantu rakyat yang kehilangan pendapatan sejak 18 Mac lalu akibat pandemik Covid-19.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan, walaupun pengeluaran secara one-off bukan penyelesaian tunggal krisis kewangan, namun sedikit banyak boleh melegakan golongan berpendapatan rendah (B40) yang kehilangan pekerjaan.



“Ramai yang benar-benar memerlukan pengeluaran One-Off RM10,000 bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka kerana Covid-19.



“Ada nak bayar tunggakan sewa rumah dan pelbagai akibat dibuang kerja dan kehilangan pendapatan, apa nak buat, kerajaan tetap bertegas membantu hanya keluar RM500 sebulan,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.



Beliau mengulas Belanjawan Negara 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.


Antara pengumuman yang dinantikan rakyat adalah mengenai keputusan kerajaan untuk membenarkan pencarum membuat pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP.


Bagaimanapun kerajaan hanya membenarkan pengeluaran itu dibuat secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.


“Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.



“Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.


“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya. – MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments