Ticker

6/recent/ticker-posts

Bukan Kerana Buta Atau Cacat, Hajat Suhaimi Saad Untuk Bertongkat Akhirnya Termakbul

 


Ramai yang tidak, sebenarnya bekas anggota kumpulan InTeam, Suhaimi Saad sebenarnya sudah lama berniat untuk memakai tongkat apabila usianya mencecah 40 tahun, ini kerana ianya merupakan sebahagian daripada sunnah para nabi.

Tambahnya lagi,  perkara itu dilakukannya bukanlah disebabkan buta mahupun cacat.


Perkara itu didedahkan sendiri olehnya menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya



“Bukan sebab buta atau cacat, dah lama saya niat, bila masuk usia 40 tahun, saya akan bertongkat. Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada saya, bahawa apabila usia meningkat, hidupmu semakin singkat, hari kematianmu makin dekat, tinggalkanlah segala dosa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat.”


Menurutnya lagi, beliau yang kini menghadapi masalah mata yang kronik tidak terlepas berdoa supaya jalan hidupnya dilimpahi rahmat dan berkat dari Illahi.


nama Suhaimi kembali menjadi bualan hangat netizen selepas perit gerit kehidupannya bersama keluarga mula mendapat perhatian netizen.


Bahkan disebabkan keadaannya yang tidak mengizinkan juga seakan memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim untuk melakukan urusan harian.


Malah, Suhaimi sebelum ini juga mendedahkan, punca masalah yang timbul di matanya itu mungkin ada kaitan dengan buatan orang.


Untuk rekod, Suhaimi telah mendirikan rumah tangga dengan Ina pada 2007. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Salman El- Khoyri, Phyrosh Elfadwah, dan Nurhayla Elghufrony.

Sumber : beautifulnara

Post a Comment

0 Comments