Ramai pasangan yang berkahwin mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga yang dibina. Ada yang sampai sanggup berusaha bermacam-macam cara tapi belum ada rezeki lagi.Anak yang lahir sudah semestinya akan dijaga dengan penuh kasih sayang.
Tapi lain pula dengan kisah dibawah.Seorang doktor,Ana Yasmin Azmi yang berkongsikan pengalamannya merawat seorang anak kecil yang tenat di Jabatan Kecemasan.
Sungguh tidak masuk dek akal, menurut Dr Ana, ibu bapa kepada anak kecil itu terlalu sibuk bekerja dan mengambil remeh tentang pemakanan anak mereka yang tidak diberi makan sehingga dua minggu sehingga badan tinggal tulang.
Tambahnya lagi, anak kecil itu dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan tenat kerana tidak bertenaga dan hanya mampu menggerakkan mata sahaja.
Melihat keadaan anak kecil yang tidak bermaya itu, Dr Ana berkata dia tersentak apabila mendengar jawapan si ibu tentang punca anaknya dalam keadaan sedemikian seolah tidak ada rasa bersalah.
Perkongsian Dr Ana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang geram dengan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Malah, ada netizen mengatakan jika tidak mahu jaga anak, janganlah rancang untuk mempunyai anak. Dalam pada itu, ada yang terkejut kerana tidak sangka ada ibu bapa seperti itu.
Sumber : twitter Dr. Ana Yasmin via gulapop
0 Comments