Ticker

6/recent/ticker-posts

Gambar Lama PU Riz Tersebar? Ini Komen Netizen Tentang Keluarga Neelofa

 


Sejak dari semalam, laman sosial malaysia trending dengan gossip yang mengatakan kononnya hubungan selebriti dan usahawan popular Neelofa dan tunangnya iaitu PU Riz kini sedang dilanda badai.


Ianya bermula apabila netizen perasan instagram story yang dimuat naik oleh oleh adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan juga Ameera Khan.


Permulaan kisah ini berlaku apabila mereka bertiga memuat naik satu Instagram story yang sama, disusuli memadan semua foto ketika majlis pertunangan Neelofa dan PU Riz serta tidak lagi mengikuti pendakwah tersebut di laman Instagram.


Dalam masa yang sama, ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini turut memadam foto bersama Neelofa ketika majlis tersebut yang diadakan pada 1 November lalu.


Netizen mula membuat spekulasi sendiri berkenaan hubungan mereka yang mengatakan kononnya PU Riz merupakan seorang yang judgemental apabila kebanyakan adik-beradik Neelofa tidak memakai tudung.

Selepas itu, ada netizen yang membuat spekulasi kononnya Neelofa dan PU Riz sudah bernikah di Kelantan dan dinikahkan oleh bapa kandungnya.Juga ada dakwaan kononnya Neelofa sekarang sedang mendapatkan rawatan alternatif kerana terkena ilmu pengasih.

Baca : "Neelofa dan PU Riz sudah bernikah?" - Individu di dalam Whatsapp dakwa Neelofa kini sedang menjalani rawatan alternatif kerana terkena ilmu pengasih?

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang terlalu rajin sehingga mendedahkan semula tentang kehidupan lama PU Riz ketika belajar di sebuah universiti tempatan.


Sementara itu, netizen menjumpai beberapa komen yang ditinggalkan di satu akaun Instagram milik seorang gadis dikenali sebagai Shafira Ismail Norbat.



Komen yang ditinggalkan oleh PU Riz berbunyi teguran kepada gadis tersebut dan itu membuatkan netizen berasa musykil tentang maksud yang tersirat.


Tetapi selepas disiasat oleh warganet, gadis tersebut merupakan adik kandung PU Riz sendiri.


Kini, muncul semula beberapa keping gambar yang tidak sepatutnya dibincangkan di media sosial iaitu gambar luc#h yang dikatakan mirip seperti PU Riz.


Beberapa netizen memberi pandangan tersendiri mengenai kisah yang melanda selebriti terhangat ini yang mana adik-beradik Neelofa tidak sepatutnya membuka ruang untuk netizen membawa mulut.


Bagi mereka, ahli keluarga Neelofa sendiri yang membuka pekung apabila ada masalah yang melanda dan ia membuatkan netizen berasa tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.



Walau bagaimanapun adalah elok sekiranya kita sebagai orang luar jangan terlalu mudah membuat spekulasi sendiri dan menuduh sana sini.


Biar la pihak Neelofa dan PU Riz sendiri yang menyelesaikan masalah mereka ini, kita tidak perlu masuk campur dalam urusan mereka.


Sumber foto: Instagram Shakira, Twitter, Instagram Neelofa  

Artikel dipetik dari : hotfm

Post a Comment

0 Comments