Ticker

6/recent/ticker-posts

PA Neelofa Cari Individu Bernama Syamira Safiya Kerana Sebar Berita Palsu Nikah Di Kelantan, Terkena Minyak Pengasih

 


Semalam selebriti dan juga usahawan terkenal Neelofa sudah tampil membuat kenyataan rasmi berkenaan spekulasi yang melibatkan dirinya dengan PU Rizz.

Sebelum ini, hangat netizen mendakwa mengenai keretakan perhubungan antara pendakwah selebriti Harris dan usahawan terkenal Neelofa, apabila kakak dan adiknya, Noor Nabila dan Nur Amira Khan memuat naik Instastory di platfom Instagram yang mencetuskan tanda tanya warganet. 

Bukan itu sahaja, wujud beberapa tangkap layar perbualan menerusi aplikasi Whatsapp yang mendakwa pasangan itu telah bernikah di Kelantan.

Terbaru, seorang wanita dikenali sebagai Nadiah yang dipercayai berkhidmat sebagai pembantu peribadi Neelofa, tampil memuat naik satu Instastory mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan segala fitnah terhadap majikannya.


Individu dicari


Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Nadiah dikatakan sedang mencari individu yang dipercayai menyebarkan segala maklumat palsu berhubung kontroversi yang melanda Neelofa. 

Tambahan pula, dia meminta kepada orang ramai yang mempunyai info mengenai wanita tersebut untuk tampil membantu pihaknya.


Tuduhan dibuat terhadap Neelofa




Terdahulu, Syamira sempat memuat naik satu tweet bersama tangkap layar perbualan Whatsapp menceritakan tentang keadaan Neelofa yang sekali gus menyebabkan imejnya tercalar. 

Menerusi mesej tersebut menceritakan Neelofa sudah selamat berkahwin dengan Hariss di Kelantan, berwakil wali bapanya sendiri. Tidak berakhir di situ, mesej itu juga menceritakan Neelofa menghabiskan duitnya sebanyak RM100k kepada Harris dan sedang menetap di rumah bakal suaminya.


Lagi menghairankan apabila, mereka turut mendakwa Neelofa sudah terkena minyak pengasih dan terpaksa akur dengan segala permintaan tunangnya. 

Namun, segala tuduhan tersebut telah disangkal oleh Neelofa menerusi kenyataan media yang dibuat semalam. Jelas tuan empunya badan, segala tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.


Menerusi kenyataan media itu juga, beliau meminta supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan segala mesej-mesej yang disebarkan.


Akaun tidak lagi aktif


Terbaru, menerusi semakan kami sebentar tadi, akaun kepada SyamiraSafiya02 tidak lagi aktif dan akaun tersebut dipercayai sudah diactivate oleh pemiliknya.

Menjenguk diruangan komen, rata-rata mengecam tindakan bertanggungjawab wanita tersebut yang disifatkan satu perbuatan yang sia-sia dan merugikan dirinya sendiri dengan menyebarkan berita palsu.






Sumber: Nadiah Khairuddin via ohbulan

Post a Comment

0 Comments