Ticker

6/recent/ticker-posts

Ayda Jebat Akui Lebih Suka Suami Cukur Jambang

 


Jumaat lalu, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Namun apa yang menjadi perhatian ketika majlis itu adalah penampilan Nabil yang kemas tanpa jambang.


Sinonim dengan imej berjambang sebelum ini, Nabil berkata dia mencukur licin jambang pada hari bahagianya itu bagi memenuhi permintaan isterinya.





“Dari awal dia memang suka kalau saya cukur licin jambang. Cuma kalau nak diikutkan, saya lebih suka simpan, nampak lagi macho dan ‘garang’. Tapi demi hari bahagia kami, saya okay sahaja tampil sedemikian,” katanya.


Dalam pada itu, ditanya adakah dia akan menghalang isterinya dari terus aktif dalam bidang seni, bekas hos program HLive! itu berkata dia akan menyekat punca rezeki Ayda selagi Ayda tahu menjaga batas dengan statusnya kini bergelar isteri.



“Saya tidak halang asalkan dia tahu beza baik dan buruk, termasuk dalam soal pemakaiannya. Tak naklah s3ksi sangat,” sambung Nabil,” katanya.


Berikut komen dari netizen






 

SUMBER  ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments