Ticker

6/recent/ticker-posts

Selepas kalah tuntutan hadhanah terhadap dua anaknya, bekas suami DSV akan tuntut harta sepencarian pula

 


Mahkamah Tinggi Syariah hari ini memutuskan DSV mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.



Dalam pada itu,  Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty mengarahkan Nur Edlyn Zamilleen atau lebih dikenali dengan nama Cik B dan Eric Zaquaan (Kacak), 14 menghubungi bapa mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.



Meluahkan rasa syukur apabila hak penjagaan berpihak kepadanya, DSV berkata dia sangat lega kerana  kes berkenaan tidak mengambil masa yang lama kerana bimbang ia boleh mengganggu emosi kedua-dua anaknya.


“Alhamdulillah, hak penjagaan hadanah dapat pada saya dan kes ini tidak dipanjang-panjangkan atas budi bicara hakim,




“Saya sangat lega kerana keputusan ini tidak mengganggu emosi anak-anak. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhaka pula sebab tidak mahu jumpa bapa,” katanya.


Kata DSV lagi, mahkamah turut memberi hak kepada kedua anaknya membuat keputusan untuk bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia. Sementara itu, Cik berkata dia dan Kacak akan menghubungi bapanya apabila mereka sudah bersedia.


Datuk Seri Vida mendirikan rumah tangga dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan empat cahaya mata, namun anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian keb4karan rumah pada 2013.


Keputusan itu juga diterima baik oleh Cik B yang bersetuju untuk berhubung semula dengan bapanya sebaik bersedia suatu hari nanti.


Sambil menafikan dakwaan bahawa ibunya menghalang daripada dia dan adiknya berhubung dengan bapa, Cik B hanya mendoakan agar dipermudahkan urusannya dua beradik.


“Saya akan hubungi ayah kalau dah ‘ready’ cuma tak tahu akan ambil masa atau tidak. Semoga Allah permudahkan,” katanya.


AKAN TUNTUT HARTA SEPENCARIAN



Sementara itu Mohd Amin berkata, dia berlapang dada menerima keputusan mahkamah dan setia menunggu dua anaknya itu untuk menghubunginya sebaik mereka bersedia namun akan cuba membuat rayuan sekiranya perkara itu tidak berlaku.


“Cuma selepas ini saya akan buka kes harta sepencarian iaitu bermula ketika saya dan dia dahulu sehingga bercerai.


“Selain itu saya juga akan menuntut harta dua anak yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka kerana ketika anak meninggal dunia dulu, saya tidak berpeluang untuk menatap kali terakhir,” katanya sambil menambah baru mempunyai keyakinan membuat tuntutan berkaitan.


NETIZEN SURUH DATO SERI VIDA TUNTUT NAFKAH ANAK PULA

 Netizen mula luahkan rasa pelik apabila cerita bekas suami tuntut ‘harta’ dari Dato Seri Vida.


Rata rata netizen meminta DSV pula tuntut nafkah kerana rasanya bekas suami DSV sudah lama tidak bayar nafkah.


“Harap DSV tuntut balas nafkah anak2 plk…. Nmpk sgt bekas laki g1la harta, semua benda nak tuntut”


“Bkn nk backup dato vida…mslhnya ank da besaq bru nk tuntut..mmg la org akn ckp dia g1la harta da bertahun bercerai ttiba nmpk ank bini da bjaya bru nk tuntut itu ini behh”


“Patut bini tuntut, ni terbalik plok..”


 

SUMBER  MSTAR ONLINE ,  BHARIAN ONLINE Dan King EE

Post a Comment

0 Comments