Header Ads

Breaking

Wednesday, January 20, 2021

Lebih 40,000 tidak mahu peperiksaan SPM diteruskan

 


Lebih 40,000 menandatangani petisyen dalam talian menyeru peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang dibatalkan atau ditangguhkan berikutan kesukaran yang dihadapi pelajar di seluruh negara.


Penganjur petisyen itu menyebut, rayuan dibuat berikutan kesan w4bak ke atas kesihatan mental pelajar, kesan penangguhan ke atas kalendar akademik mereka, dan anc4man jangkltan semasa menduduki SPM atau kelas persediaan.


Kenyataan itu menyebut, dengan “peningkatan” kes harian C0vid-19, mereka percaya kerajaan akan mendedahkan pelajar kepada risiko.


Peperiksaan SPM dijadualkan pada 22 Feb dengan hampir setengah juta pelajar dijangka mendudukinya. Pada 2019, seramai 416,416 pelajar menduduki peperiksaan, dan 400,445 didaftarkan untuk mendudukinya dalam kohort 2020.


“Kami percaya anak-anak masa depan negara, dan tiada siapa berhak mem4ksa mereka menanggung akibat daripada ‘bencana’ yang sedang melanda kini’,” kata mereka.


“Kami faham keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melanjutkan tarikh peperiksaan SPM dibuat selepas mempertimbangkannya, tetapi kami percaya ia bukan keputusan yang bijak, memandangkan pandemik ini menimbulkan banyak ketidaktentuan dan ketidakpastian.”


“Kami menerima beratus-ratus komen daripada pelajar, yang kebanyakannya mengalami gngguan mental dan tidak lagi dapat fokus pada pelajaran. Ini sangat membimbangkan, malah ada yang terlintas di fikiran untuk membvvnuh diri.”



Sebagai ganti peperiksaan SPM yang formal, pemohon mencadangkan menggunakan keputusan sebelum ini atau prestasi peperiksaan percubaan untuk mengumpulkan gred yang diramalkan, atau membenarkan pelajar mengambil SPM dalam tempoh yang biasanya diperuntukkan untuk SPM Ulangan (peperiksaan ulangan) untuk membolehkan pelajar mengekalkan jadual kemasukan sedia ada.


Mereka berkata dengan tarikh penangguhan semasa, calon mungkin terlepas pengambilan awal kolej dan lewat bergraduasi dari kursus pra-universiti.


“Dengan penangguhan SPM, pelajar hanya boleh memohon untuk pengambilan Ogos 2021 (untuk kursus A-level), yang bermaksud mereka hanya boleh memohon universiti pada 2023 (dan bukannya pertengahan 2022).”



Meskipun mereka memahami kebimbangan KPM dalam mengekalkan kesamarataan dalam peperiksaan memandangkan sekitar 15% belum menduduki peperiksaan percubaan, keadaan tahun ini menjejaskan kesamarataan itu.


“Pada pendapat kami, kesamarataan peperiksaan ini tidak lagi wujud apabila pelajar tidak mendapat jangka masa dan kualiti pengajaran yang sama kerana pand3mik mempengaruhi tempoh persekolahan di negeri dan sekolah yang berbeza.


“Oleh itu, penyelesaian yang adil dan mutlak untuk peperiksaan ini pastinya hanyalah satu ilusi, termasuk tarikh peperiksaan yang ditangguhkan hanya untuk kawasan zon merah membuka peluang kepada kebocoran soalan peperiksaan.”


Petisyen tersebut mendapat sokongan dari pelajar dalam talian, dengan segelintir mempersoalkan mengapa suara mereka tidak didengar.


“Kami juga manusia!” kata seseorang pelajar, “Mengapa lebih pentingkan politik berbanding masalah kesihatan pelajar? Cukup banyak suara dibangkitkan tetapi sayangnya suara-suara ini tidak diendahkan oleh pihak berkuasa.



Sementara itu seorang lagi berkata “sebagai pelajar, mengikuti sukatan pelajaran tanpa bantuan guru atau di kelilingi persekitaran persekolahan memang sukar dan meletakkan calon SPM tahun ini pada tahap yang sangat teruk.”


Mereka yang berminat boleh menandatangani petisyen itu di sini.

Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan semata-mata

Sumber : FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.