Header Ads

Breaking

Friday, January 22, 2021

Masa Terbuka Hati, Tak Jumpa Pengganti Pula, Kata Nazim Othman


 

Sudah agak lama tidak mendengar gossip dari pelakon kacak persi korea ini. Menurut laporan dari berita harian online yang ada menebual pelakon ini. Apabila ditanya soal jodoh, Nazim Othman, 36, hanya berserah kepada Allah SWT. Ketika hati terbuka menerima jodoh baharu, tiada sesiapa pula hadir dalam hidupnya.


Kini, persoalan jodoh bukan lagi keutamaan pelakon drama Bukan Gadis Biasa dan Pengantin Satu Malam itu, apatah lagi dalam situasi pandemik COVlD-19 yang meny3rang seluruh dunia.



Awal tahun lalu, Nazim pernah berkongsi keinginan mahu berumah tangga lagi. Namun, siapa mampu menolak kehendak takdir apabila tidak bertemu gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya.


"Saya akui, pernah menyuarakan keinginan mencari jodoh, tahun lalu. Memang rasa nak cari pengganti dan sudah bersedia berkahwin lagi.

"Tetapi, segala-galanya atas izin Allah. Jika belum sampai seru, pasti jadi sebaliknya. Saya tak mampu melawan kehendak takdir. Masa terbuka hati, tak berjumpa pengganti pula. Mungkin belum masa bertemu jodoh.


"Sekarang, apa yang lebih penting, memikirkan keperluan pada masa akan datang. Saya mengutamakan kesihatan diri, keluarga dan teman rapat. Tak ketinggalan, mengimbangi kehidupan dengan kerohanian dan mental," katanya kepada BH Online.




Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman berkata, dia perlu lebih realistik di sebalik ujian pandemik COVlD-19 ini.


"Jika ditanya soal jodoh, ia bukan keutamaan, buat masa ini. Saya memerlukan ruang memperbaiki diri, selain mencari rezeki ketika ramai terkesan dengan COVlD-19.


"Pengalaman silam menjadikan saya lebih matang. Sebelum ini, saya mungkin fikir mudah tanpa memikir kesannya," katanya.



Nazim berkata, dia kini lebih menghargai momen depan mata.


"Dalam fasa ini, saya mahu menghargai ruang dan peluang diberikan-Nya untuk memperbaiki diri. Saya juga berharap kewujudan saya dalam dunia seni mampu memberi inspirasi kepada orang lain," katanya.



Bagi Nazim, berpisah dengan bekas isteri, Bella Dally bukan satu proses mudah buatnya.


"Mungkin orang lihat saya ke sana sini dan sering bercuti seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hakikatnya, saya juga manusia biasa yang cuba merawat kedukaan diri.


"Saya ambil masa agak lama untuk menjadi kuat semula. Hanya Allah sahaja tahu isi hati saya dalam tempoh berkenaan.


Sumber : berita harian online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.