Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Mohon Bantuan Kewangan Sebanyak RM700 Untuk Golongan B40

 


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita mendapat kerajaan yang senantiasa cakna dan prihatin kepada kebajikan rakyatnya. Untuk meringankan beban golongan b40 pihak kerajaan telah memperkenalkan satu skim yang dinamakan mySalam.


Apakah itu mySalam? mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.


Golongan yang layak untuk memohon


Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-



Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;

Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;

Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-


Penyaklt kritlkal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.


Bilakah tarikh mySalam kuatkuasa perlindungan?


Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.


Berikut adalah cara untuk memohon skim mySalam ini.


Sebelum memohon pastikan anda sudah periksa status kelayakan terlebih dahulu.


Langkah Pertama :


TUNTUTAN MELALUI ONLINE


1) log masuk ke portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/

2) Sila daftar MySalam bagi permohonan kali yang pertama

3) Buat Pengesahan no.tel bagi yang pernah membuat permohonan MySalam sebelum ini

4) Kemasi Kini 


5) TUNTUTAN➡️PENYERAHAN TUNTUTAN➡️TUNTUTAN HOSPITALISASI➡️MASUKKAN TARIKH MULA KUARANTIN DAN TAMAT KUARANTIN➡️PILIH NON PANEL UNTUK(NAMA HOSPITAL)➡️ MUAT NAIK COPY IC➡️MUAT NAIK BORANG ANNEX 14 dan17( contoh borang anex 14 dan 17 ada dalam gambar)

6) Submit

 



Langkah Kedua : 


Pergi ke pejabat MySalam yang berdekatan dengan kawasan anda 

Sediakan fotostet ic dan dokumen lain 

Serahkan  document yang lengkap kepada MySalaM



 Untuk pertanyaan yang lebih lanjut :

 CALL : 1-300-88-8938

Email : info@mysalam.com.my

Kredit : malaysiasemasa

Post a Comment

0 Comments