Ticker

6/recent/ticker-posts

PdPR sudah bermula, wanita ini kongsikan cara buat folder whatsapp dan telegram di telefon, lepas ni senang nak asing kerja sekolah anak!

 


Minggu ini sudah bermula PdPR atau pembelajaran online bagi anak-anak yang bersekolah. Memandangkan kerajaan sudah menetapkan persekolahan akan bermula dari rumah dan melalui online sehingga dimaklumkan kelak, maka medium komunikasi utama semestinya akan digunakan antara guru dan ibu bapa pelajar dan sudah semestinya whatsapp dan telegram jadi pilihan.


Tapi, yang jadi kemusykilan disini bila banyak sangat kerja sekolah nak kena cari balik chat tu memang satu perkara yang boleh memeningkan kepala bukan?


Menerusi artikel yang dikongsikan di blog siraplimau, seorang pengguna fb menggunakan nama Izyan Ismail memberikan satu ilmu baru iaitu bagaimana untuk buat folder whatsapp dan telegram di telefon anda.


Lepas ni senang la nak asingkan kerja anak-anak ikut nama dan subjek mereka nanti.


Semestinya perkongsian ini ibu dan ayah wajib cuba.

Cara Buat Folder Whatsapp Di Handphone


Ini langkahnya:


Langkah Pertama: Tekan Group sampai keluar tanda ✅

Langkah Kedua: Tekan tiga titik di bahagian kanan atas tu, tekan Add Chat Shortcut.

Langkah Ketiga: Nanti groupkan semua shortcut chat tu dalam 1 Folder.

Siap!

(Boleh rujuk gambar di bawah)


Mula-mula tekan dekat Group macam di bawah ni sampai keluar tanda tick hijau ni ✅


Lepas tu tekan Add Chat Shortcut tu


Ini folder yang kita dah buat tadi.


Senang kan?


OK, di bawah ni saya share untuk pengguna Telegram pula ye.


Cara Buat Folder Telegram Di Handphone

Orang lain dah lama buat Folder Telegram, ni baru belajar buat. Senang nak manage group chat.


So bila dah create folder, bila kita tekan tab folder tu, akan keluar group chat yang berkaitan je.


Takde la terlepas pandang mesej dalam group kan. Nak cari apa2 maklumat pun senang.


Senang je nak buat folder Telegram di handphone.


Caranya macam ni:


Tekan baris 3 bahagian kiri atas Telegram tu.

Tekan setting

Tekan folder

Create new folder

Done!!!!

(Boleh rujuk gambar di bawah)


Nanti bolehlah view macam ni. Senang kan?


Alhamdulillah, itulah dua ilmu baru yang sangat bagus untuk kita ketahui demi melangsungkan lagi pembelajaran anak-anak kita yang terpaksa belajar secara online dari rumah.


Marilah kita semua berdoa agar pandemik ini cepat hilang dan seterusnya anak-anak kita boleh bersekolah macam biasa dan kita tidak perlu lagi hidup dalam keadaan norma seperti sekarang


Insha Allah... akhir sekali.. Selamat Mencuba dan semoga mendapat manfaat!



Sumber : FB Izyan Alias via siraplimau

Post a Comment

0 Comments