Ticker

6/recent/ticker-posts

Selepas Sebulan Nikah, Baru Saya Maklumkan Pada Isteri Pertama, kata suami Datuk Ziela Jalil

 




Kecoh seminggu dua ini dengan gosip mengenai pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil yang hidup bermadu. Bukan baru tetapi sebenarnya sudah dua tahun beliau berkahwin.

Sebelum ini hanya Ziela sahaja yang tampil memberikan kenyataan mengenai perkahwinannya itu, akhirnya suaminya, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar tampil membuka mulut mengenai perkara itu.


Mengulas mengapa perkahwinan selama dua tahun itu dirahsiakan hingga didedahkan oleh anaknya sendiri di Twitter, Syed Osman berkata dia mempunyai alasan kukuh tidak menghebahkannya.




“Sebenarnya, perkahwinan ini bukanlah rahsia kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga dan teman baik sudah mengetahuinya. Cuma, memilih untuk tidak menghebahkannya.


“Justeru, saya anggap itu adalah satu hikmah yang menandakan sudah masanya untuk kami berkongsi status perkahwinan ini kepada khalayak apabila anak saya mendedahkannya dalam Twitter.



“Selain mencari masa yang sesuai, tujuan tidak terlalu menghebohkan perkahwinan ini kerana mahu menjaga hati isteri pertama,” katanya.


Jujur mengenai perkahwinannya dengan Ziela, Syed Osman mengakui majlis pernikahan itu adalah tanpa pengetahuan isteri pertama. Ujarnya, pada awalnya isteri pertama sukar menerima hakikat tersebut.


“Hanya selepas sebulan bernikah, barulah saya memaklumkan perkahwinan pada isteri pertama. Saya akui, agak sukar bersikap tidak jujur selama sebulan merahsiakan perkara ini. Mungkin orang lain boleh melakukannya, tetapi bukan saya.



“Awalnya, isteri pertama agak sukar menerima hakikat ini, tetapi berkat doa yang dipanjatkan, akhirnya dia dan anak-anak boleh menerimanya. Saya membawa mereka bertemu dengan Ziela dan anak-anak untuk berkenalan.


“Alhamdulillah, pertemuan berjalan dengan baik dan saya bersyukur kerana Allah mengaturnya dengan begitu cantik,” ujarnya.



SUMBER  BH ONLINE via rotikaya


Post a Comment

0 Comments