Ticker

6/recent/ticker-posts

“Walaupun Dah Popular Dan Kaya, Tetap Macam Dulu Merendah Diri” - Netizen Tidak Percaya Tapi Kagum Lihat Gelagat Shuib Santai Baring Di Rumah Kampung

 


Baru-baru ini, isteri shuib yang merupakan seorang penyanyi terkenal tanah air, Siti Sarah Raisuddin ada memuat naik satu video di instagram miliknya, memaparkan momen pulang ke kampung bersama Shuib dan keluarga mertua.



Ramai yang tertarik dengan caption video tersebut yang berbunyi..


“Kesayangan Dunia Akhirat. Walau tinggi mana dia melangkah dia tidak pernah lupa dari mana asal usul @shuibsepahtu #balikkampung” tulis Sarah


Melihat di dalam video berkenaan, Sarah sempat menceritakan tentang zaman masa kecil Shuib di mana beliau selalu bermain di bawah rumah kampungnya itu.


Tambah Sarah lagi walaupun kini sudah berjaya tetapi Shuib tak pernah lupa asal usul dirinya dari mana.


Buktinya, lihatlah sendiri gelagat bersahaja Shuib yang dilihat santai terbaring dan lena tidur di kampungnya itu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan sikap merendah diri Shuib yang berkongsi pengalaman masa kecil mereka di kampung. Ramai yang tidak dapat mengalaminya kerana orang zaman sekarang majoriti tinggal di bandar.




Lepas tengok video ni mesti ramai yang rindu nak balik kampung bukan? Nak balik kampung boleh tapi tolong jaga SOP ye, negara kita masih belum bebas dari pandemik C0VID-19 , kita jaga kita ok!


Sumber artikel dan gambar : Instagram Siti Sarah dan blog HotFm

Post a Comment

0 Comments