Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita ini kongsikan cara yang betul kemaskini maklumat murid di APDM KPM oleh Ibu Bapa atau penjaga

 




Cara kemaskini telah data APDM KPM telah dikongsikan oleh pengguna FB AyuReesya Zayn.

Semoga bermanfaat!


CARA KEMASKINI MAKLUMAT MURID DI APDM KPM 


Mungkin ada yang dapat notifikasi daripada guru kelas untuk update data murid dalam APDM kan?


Saya telah siap mengemaskini maklumat anak-anak juga pendapatan kami.


Kemaskini maklumat PENDAPATAN ini penting kerana ia membantu sekolah dalam menguruskan kebajikan anak masing-masing.


Saya harap, perkongsian saya ini dapat membantu rakan guru kelas mahupun ibubapa diluar sana untuk sama-sama BERTANGGUNGJAWAB membantu pihak sekolah mengemaskini maklumat.


Saya sertakan gambar untuk rujukan rakan-rakan semua.


Jadi, TIADA ISU TERLUPA, TERSILAP ATAU TERALPA lagi selepas ini.


MAKLUMAT WAJIB SAH DAN BENAR.


JANGAN TIPU – AKHIRAT menanti kita.


Langkah-langkah:


Layari laman web public.moe.gov.my

Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama)

Selepas daftar, boleh Login.




Daftar masuk di sini.



Daftar masuk, muka depan page.



Automatik, nama anak2 akan keluar selepas pilih KEMASKINI PROFIL MURID



Pilih KEMASKINI MAKLUMAT MURID. Nama anak2 akan keluar secara automatik.


Maklumat ringkas dan pilihan kemaskini maklumat.



Buat dari PROFIL hingga MAKLUMAT PENJAGA.


Setiap kali kemaskini dibuat, sistem akan jana paparan seperti ini.

Sentiasa TEKAN MENU – PILIHAN KEMASKINI MAKLUMAT MURID utk kembali ke paparan anak-anak.


Selepas semua pilihan telah dikemaskini, PASTIKAN TEKAN PILIHAN PERAKUAN.

JANGAN TIPU..YE!

SELAMAT MENGEMASKINI!

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Panduan Pengguna APDM Ibu Bapa di SINI : Manual Pengguna APDM Ibu Bapa

Sumber asal: AyuReesya Zayn via siraplimau

Post a Comment

0 Comments