Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen kecam Uqasha Senrose sebab tryhard nak nampak cantik guna filter sampai anak mata terkeIuar

 


Siapa yang tidak kenal dengan keluarga Senrose ini, satu Malaysia kenal dan maklum dengan kecantikan dan keayuan adik-beradik Senrose ini.Salah seorang yang sentiasa menjadi idaman lelaki adalah Uqasha Senrose.



Baru-baru ini, Uqasha Senrose ada berkongsikan satu gambar di media sosial.Namun perkongsian itu mendapat kecaman netizen apabila dikatakan terlalu banyak menggunakan filter sehingga memperlihatkan anak matanya tersembul keluar.


Rata-rata netizen menegur tindakan pelakon berusia 29 tahun itu supaya mengurangkan penggunaan teknik berkenaan memandangkan dia sememangnya sudah cantik semula jadi.


Bagaimanapun, Uqasha menjelaskan dia tidak menggunakan filter keterlaluan sebaliknya hanya menambahkan sedikit clarity (kejelasan) di bahagian mata agar tidak kusam.


“Saya langsung tak menggunakan filter, sebaliknya cuma tambah kejelasan di bahagian mata supaya ia tidak kelihatan kusam,” katanya.




Selepas ditegur netizen, Uqasha memuat naik semula foto yang sama tanpa menggunakan sebarang filter dan berterima kasih kepada netizen yang prihatin serta memberikan teguran. Dalam pada itu, Kamal Adli juga turut dilihat meninggalkan komen memuji kecantikan kekasihnya itu.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments