Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramai wanita tak keruan selepas tengok aksi Da'i Syed pakai apron buat cookies

 


Kacak, berilmu, pandai masak, ciri-ciri yang ada pada Da'i Syed inilah yang jadi idaman para wanita diluar sana.Walaupun masih belum reda dengan k0ntroversi panas sebelum ini, namun ini semua tidak memat4hkan semangat para gadis diluar sana dari berhenti meminati pendakwah muda ini.


Baru-baru ini, Da’i Syed ada memuat naik beberapa keping gambar di Instagram seolah memberi bayangan mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual biskut atau ‘cookies’.


Menerusi gambar itu, Syed dilihat memakai apron sedang membuat biskut sambil tersenyum manis sekaligus menonjolkan lagi kekacakannya.


Gambar tersebut ternyata membuatkan ramai peminat tidak keruan terutamanya di kalangan wanita yang terpesona dengan ketampanan jejaka berusia 26 tahun itu.


Dalam pada itu, ramai juga yang tidak sabar untuk membeli dan merasai air tangan bekas peserta program Da’i musim keempat itu.



Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments