Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki berusia 45 tahun kena kompaun RM10,000 kerana letak pelitup di dagu

 


Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat mengesahkan satu notis kompaun RM10 ribu di Tanjung Piandang, Parit Buntar yang viral di media sosial adalah benar.


Tambahnya lagi, dalam kejadian 1.20 tengah hari Jumaat lalu di kedai runcit di Tanjung Piandang, pihaknya men.ahan dan mengeluarkan notis komp.aun kepada lelaki berusia 45 tahun berikutan tidak mematuhi prose.dur operasi standard (SOP).


"Berdasarkan pemerhatian dan sia.satan anggota, lelaki itu ga.gal memakai pelitup muka dengan sempurna dan hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar dari premis berkenaan.


"Oleh demikian anggota mengeluarkan satu notis kompoun kepada lelaki terbabit di bawah Se.ksyen 21A (1) Ordin.an Daru.rat (Penc.egahan dan Pengawalan Peny.akit Berjan.gkit (Pindaan) 2021," katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya lagi pihaknya menyeru orang ramai agar terus patuh pada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Ditanya mengenai jumlah saman, beliau menegaskan pengurangan saman hanya ditentukan oleh Pegawai Kesihatan Daerah.





Berikut adalah respon dari netizen mengenai keja.dian tersebut. Ada yang bersetuju kerana individu terbabit tidak mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dalam masa sama ada yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana disifatkan ianya tidak patut.


Sumber : metro

Post a Comment

0 Comments