Seperti yang kita semua sudah maklum, kerajaan telah menetapkan bahawa permohonan pindaan amaun pengeluaran sudah boleh dibuat bermula 8 Mac 2021 lalu.
Kemudahan ini dilaksanakan kerana ramai pemohon yang telah membuat kesilapan 'tidak tarik habis' amaun pengeluaran pada tempoh hari.
Dalam tempoh tersebut terdapat sebilangan yang telah menerima maklum balas daripada KWSP berkenaan pindahan pengeluaran. Selain itu, terdapat juga pemohon yang telah menerima bayaran mengikut permohonan pindaan amaun.
Namun, masih ramai pemohon yang belum menerima maklum balas daripada pihak KWSP.
Semak Bermula 18 Mac
Kepada yang belum menerima maklum balas atau permohonan 'sedang diproses', KWSP membuat kenyataan bahawa semakan sekali lagi boleh dibuat pada
18 Mac 2021 (Khamis)
Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi i-Sinar
Perkara Penting Sebelum Membuat Pindaan Amaun
Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan.
Anda boleh mengemas kini nombor telefon dan maklumat berkaitan pembayaran seperti butiran akaun bank, amaun pengeluaran dan kaedah pembayaran.
Panduan Menukar Amaun Pengeluaran
Berikut ialah cara-cara yang telah dikongsikan
Layar portal rasmi i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/
Klik pada Pindaan Pengeluaran kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda.
Klik 'Teruskan'
Sahkan OTP anda yang akan dihantar melalui mesej.
Sahkan nombor telefon dan alamat
Pilih jumlah baru. *Anda tidak boleh membuat pindaan amaun sekiranya anda pernah memohon RM 10,000
Jika selesai membuat pindaan amaun, klik pengesahan dan 'saya bukan robot' kemudian klik sahkan.
Sumber : kerjasemasa.com
0 Comments