Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemilik Butik Fesyen Leeyana Rahman rentas negeri demi hadiahkan kereta untuk mak ayah

 


Baru-baru ini pemilik butik fesyen terkenal Leeyana Rahman telah memuat naik satu video memaparkan beliau dan suaminya Hafiz Hamid memberikan hadiah sebuah kereta kepada ibu dan bapanya di Terengganu.


Perkongsian itu menjadi viral dan ramai netizen tertanya-tanya sampai ada yang dm bertanyakan macam mana dia boleh merentas negeri kerana seperti yang kita sedia maklum, sekarang ini pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali atas urusan rasmi/kerja dan perlu mendapat surat kebenaran dari pihak berwajib dulu.


Tampil menjelaskan kekeliruan dan tidak ingin netizen tertanya-tanya, pemilik butik tersebut yang lebih dikenali sebagai Yana Lee menjelaskan mereka telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Besut, Terengganu.



Tambahnya lagi, mereka hanya dibenarkan untuk berada di negeri terbabit dalam tempoh sehari sahaja sebelum diarahkan pulang pada hari yang sama.

"Ceritanya macam nie. Kita dapat kebenaran merentas sebab nak hantar kereta yang @yaana.lee beli untuk parents yang jauh nun di Besut.

"Mak ayah warga emas yang tak boleh pergi KL. Dan ada few syarat yang dikenakan which is, semalam hantar harini kena balik. And hanya 3 orang sahaja dibenarkan merentas.

"And malam nie, kena bawa balik kereta Alza lama ayoh bawak balik KL untuk dijadikan kereta office. Yang penting, mendapat kebenaran rentas yang sah. Penat jadi hafizhamid. Semua benda perlukan explaination," jelas Hafiz.



Hal sama turut dimaklumkan Yana menerusi laman Instagramnya pada Ahad.

"Alhamdulillah, surprise Ramadan untuk mak ayah.

"Dari Oktober tahun lepas booking pre order kereta ni, minggu lepas baru dapat. Syukur Alhamdulillah. Kami dapat kebenaran rentas negeri tapi sehari je. Malam ni terus balik KL.

"Walaupon kadang-kadang mak ayah kita `menolak’ tak mahu duit kita, tak mahu hadiah dari kita, namun rebutlah peluang tetap beri walaupun nilainya sedikit kerana dari situlah Allah lorongkan keberkatan dalam kehidupan kita dan dalam setiap rezeki kita," ujarnya.

Sumber : ig Yaana Lee

Post a Comment

0 Comments