Ticker

6/recent/ticker-posts

Neelofa dan Sajat hanya 'giIakan' publisiti murahan? , kata netizen

 


Neelofa dan Sajat, dua nama besar dan usahawan berjaya di negara kita pada tahun ini paling banyak meraih populariti dan perhatian netizen.Neelofa mula mencetuskan k0ntroversi selepas majlis perkahwinan yang dikatakan tidak mengikut SOP ditetapkan pihak berkuasa. 


Belum reda isu tersebut, timbul pula isu pasangan baru kahwin itu pergi ke Langkawi untuk berbulan madu walaupun Neelofa sudah menjelaskan sebagai urusan kerja.Bercakap pasal Sajat pula, dia yang kini masih 'meIarikan' diri dari pihak berwajib selepas diminta hadir ke mhkamah.


Baru-baru ini, sebuah syarikat akhbar iaitu utusan ada menyiarkan pandangan daripada individu yang hanya dikenali sebagai 'Rakyat Tersakiti' daripada Kuala Lumpur berkenaan isu kontroversi yang melanda selebriti popular Neelofa dan usahawan kecantikan, Muhammad Sajjad atau Sajat.


Antara ulasan yang diberikan,


Percutian Neelofa dan suaminya, PU Riz ke Langkawi yang dikatakan menggunakan alasan kerja untuk merentas negeri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tapi masih sempat berjet ski sambil memuat naik gelagat mereka di laman sosial dan kehilangan Sajat yang dikatakan meyembunyikan diri sehingga sukar dikesan pihak berkuasa, namun masih sempat membuat hantaran-hantaran di laman sosial miliknya hanya sekadar publisiti murahan.

Setiap tindak tanduk mereka termasuk memuat naik video di laman sosial sekadar bertujuan untuk meraih jumlah penonton bagi tujuan publisiti atau promosi tanpa sebarang bayaran.



Antara status yang dimaksudkan adalah status Neelofa yang berbunyi

 

"Bertenang semua di luar sana, tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara. Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi."


Jelas daripada hantaran tersebut Neelofa sengaja mewujudkan 'bahan berita' yang pasti mengundang kema.rahan ramai sehingga mendapat liputan meluas daripada pengamal media.


Begitu juga dengan Sajat yang sengaja mencabar undang-undang negara dan mempertikaikan cara kerja pihak polis yang sehingga kini masih gagal mengesan kedudukannya.


Tindakan kedua-dua mereka dilihat sengaja dilakukan bagi memastikan nama mereka sentiasa disebut peminat dan orang ramai.


Oleh itu, 'Rakyat Tersaklti' berkata, sebagai orang bijak, orang ramai tidak perlu melayan promosi percuma mereka. Biarkan sahaja sehingga satu tahap apabila orang ramai muak, mereka akan jatuh juga, katanya. 


Dipetik dari forum cari

Post a Comment

0 Comments