Ticker

6/recent/ticker-posts

Saiful Apek akhirnya buka mulut selepas viral gambar 'pegang tangan' dengan Fiza Halim

 


Baru-baru viral beberapa keping gambar 'mesra' antara pelawak terkenal, Saiful Apek dengan Fiza Halim yang telah dimuat naik di laman sosial selebriti wanita tersebut.


Gambar tersebut telah menarik perhatian netizen kerana dikatakan dia ‘berpegangan tangan’ dengan Saiful Apek. Gambar tersebut secara tidak langsung mencetuskan persoalan ramai pihak mengenai hubungan antara kedua pelakon ini.

Setelah agak lama ambil pendekatan berdiam diri, akhirnya Saiful Apek tampil memberi respon berhubungan foto ‘mesra’ itu dan sekali gus memohon maaf atas kekhilafan yang telah mengundang spekulasi ramai.


Pelakon Cicak Man itu mengakui menjalin hubungan rapat dengan mana-mana pelakon yang telah menganggap dirinya sebagai ‘abang’. Dia turut memohon maaf kepada netizen dan berterima kasih kerana memberi teguran terhadap dia dan Fiza Halim di ruangan komen foto berkenaan.

Saya tidak menafikan benda itu memang berlaku. Saya juga tidak mengatakan yang perkara itu adalah sesuatu yang dibolehkan. Saya m0hon maaf kepada mereka semua yang nampak dan tegur.


Boleh dikatakan, saya memang rapat dengan ramai dan menganggap saya sebagai ‘abang’. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk sampai ke tahap macam tu kan.

Sementara itu, Saiful Apek turut menjelaskan mengenai foto yang kelihatan ‘berpegangan tangan’ bersama Fiza Halim. Katanya, mereka langsung tidak berpegang tangan malah, foto berkenaan di ambil dari sudut kamera yang menampakkan situasi tersebut berlaku.



Ada gambar tu yang nampak saya macam ‘berpegang tangan’ tapi sebenarnya tu memang angle. Tangan itu tidak bersentuhan langsung. Saya minta maaf kepada mereka yang salah taksif hubungan kami macam adik-beradik.


Hubungan kami bukan satu rahsia pada suami beliau sendiri. Memang saya dah kenal dia dari mula saya bekerja dengan mereka.


Sumber: Amat Larbsib via 0hBuIan

Post a Comment

0 Comments