Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Gadis cantik ini kecewa terbatal puasanya, lagi setengah jam nak berbuka

 


Seharian menahan lapar dan dahaga tiba-tiba time nak masuk waktu berbuka time tu la tiba-tiba 'datang bulan'.Rasanya setiap orang wanita pasti pernah merasai pengalaman ini kan?


Baru-baru ini viral satu video di media sosial apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Citra Eira apabila menyedari puasanya terbatal ketika mahu menunaikan solat Asar.


Menerusi video yang berdurasi hampir seminit itu, dapat dilihat kekecewaan dan kesedihan gadis yang berasal dari Sabah itu yang telah dirakam oleh rakannya sebelum video tersebut viral selepas dimuat naik di media sosial.

“Singgah untuk solat. Dah selesai masuk tandas terus laju masuk kereta, dengan tudung dah terbalik. Stress.

“Perempuan faham la perasaan macam ni bila dah dekat nak berbuka, tiba-tiba…,” tulisnya pada video berdurasi 28 saat berkenaan.

Difahamkan, hanya tinggal setengah jam sahaja lagi bagi Eira untuk berbuka puasa, namun dia terpaksa reda dan perlu menggantikan puasanya pada masa akan datang.

Video tersebut telah menarik perhatian netizen dan ramai dari mereka yang turut berkongsikan pengalaman yang hampir lebih kurang sama situasinya dengan apa yang dialami oleh gadis tersebut.





Sumber: TikTok @eira_4142
Dipetik dari blog OMM

Post a Comment

0 Comments