Ticker

6/recent/ticker-posts

Anak Kedua Allah Bagi Follow Muka Mommy, Adil Kan? , kata Rita Rudaini

 


Seperti yang kita semua tahu, Rita Rudaini seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan dua orang anak-anaknya. Selebriti cantik ini juga merupakan seorang yang rajin bekerja.


Baru-baru ini, pelakon yang tidak dimamah dek usia ini ada memuat naik video sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna Mohamad Aidil, video itu telah imuat naik di laman sosial miliknya bagi mengimbau kembali kenangan ketika anaknya itu masih kecil.


Menerusi video yang berdurasi pendek itu, Rita turut memasukkan beberapa keping gambar anaknya bersama bapanya, Aidil Zafuan. Mengenang kembali kelahiran anaknya itu, Rita berkata Allah Maha Adil apabila wajah anak keduanya mirip wajahnya.


Dalam entri tersebut, Rita turut mendoakan anaknya itu berikan kesihatan yang baik, bijak, serta seorang Muslim yang taat pada perintah Allah.


Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi pelakon itu dalam mendidik dan membesarkan cahaya mata seorang diri.


Dalam pada itu, Rita dilihat ada membalas komen seorang netizen yang bersimpati dengan nasib kedua anaknya yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.


Untuk rekod pembaca sekalian, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber artikel : ROTlKAYA

Post a Comment

0 Comments