Ticker

6/recent/ticker-posts

“Buka cawangan baru kedai karpet pula ke?” Netizen syak Neelofa rentas negeri ‘shopping’ di Nilai 3

 


Sebelum ini selebriti sensasi, Noor Neelofa dan keluarganya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana Ianggar SOP majlis nikah dan rentas negeri.


Belum pun reda isu tersebut, nama Neelofa sekali lagi jadi bualan netizen apabila jutawan ini sekali lagi dikesan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasakan di Selangor dan Kuala Lumpur.


Menurut laporan dari mStar, pengguna media sosial mendakwa Neelofa, 32 dan suaminya Haris Ismail, 26, berkunjung ke sebuah kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.


Hasil slasatan netizen, rata-rata yakin kedai karpet yang dikunjungi Neelofa itu terletak di Nilai 3 sungguhpun terdapat cawangan lain di Setapak, Kuala Lumpur selain Johor dan Brunei.

"Tak serik-serik. Best jadi kayangan. Buka kedai karpet pula ke?


"Tolong la husnuzon dengan Neelofa ni. Dia pergi sana singgah je kat kedai tu. Rentas negeri maybe sebab nak buka kedai air baru kat situ.


"Nilai 3 baru diumumkan sebahagian daripa Lembah Klang #donebackup," demikian komen dan sindiran netizen di Twitter berhubung isu berkenaan.


Neelofa bagaimanapun dilihat sudah memadam video seorang lelaki dipercayai pemilik kedai karpet tersebut yang sempat mempromosikan lokasi perniagaannya selain di Nilai 3.



Tindakan memadam posting berkenaan lebih mengundang pertikaian netizen sekiranya Neelofa dan suaminya tidak melakukan kesalahan seperti didakwa.


Neelofa dan keluarga sebelum ini dikompaun sebanyak RM60,000 kerana majlis perkahwinannya pada 27 Mac lalu selepas didapati melanggar SOP PKPB.


Neelofa dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz juga dikompaun kerana menyalahguna kebenaran rentas negeri ketika berkunjung ke Langkawi atas urusan kerja.

Dipetik dari mStar OnIine

Post a Comment

0 Comments