Ticker

6/recent/ticker-posts

Sharifah Sakinah akui lebih tenang kini selepas mulakan hidup baru di Sweden.

 


Patutlah sudah lama tidak nampak pelakon versatile, Sharifah Sakinah kini memaklumkan dia kini sudah selamat dan menjalani kehidupan baru di Sweeden.


Ujar pelakon yang pernah membintangi filem ular ini lagi, kehidupannya kini bertambah lebih baik dan dalam fasa menyesuaikan diri di negara berkenaan. Kata Sakinah lagi, dirinya kini rasa lebih tenang.


“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja di sini. Tak ada apa yang beza pun sangat, cuma sekarang rasa lebih tenang. Rasa selesa.


“Pada masa sama, rutin berpuasa saya di sini sama juga kalau di Malayisa, tak ada beza sangat. Tapi agak susah untuk cari makanan seperti di negara sendiri. Sekarang pun rindu nak makan rendang,” ujarnya.


Dalam pada itu, Sakinah turut meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Anais Adha yang kini dijaga oleh bekas suaminya, Aliff Adha.


“Nak kata rindu Malaysia tu tak adalah sangat, cuma rindu dekat anak sahaja,” katanya.


Terdahulu, Sakinah mengikat tali pertunangan bersama jejaka Sweden, Michael Hansen. Sebelum ini, Sakinah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 namun berce.rai pada Mei tahun lalu

Sumber : ROTlKAYA

Post a Comment

0 Comments