Header Ads

Breaking

Saturday, May 8, 2021

Netizen Bengang Order ‘Baju Tak Payah Gosok’ Sejak Mac, Sampai Sekarang Masih Belum Diterima. Ini Penjelasan Sabella…

 


Baru-baru ini viral di media sosial apabila netizen menyuarakan perasaan tidak  puas hati apabila pesanan baju raya yang ditempah daripada pengeluar terkenal tidak diterima sehingga kini.


Masakan tidak, busana yang kononnya ingin digayakan pada pagi Syawal tidak nampak bayang. Walhal, transaksi pesanan telah diselesaikan sejak Mac lalu.


Iklan


Ekoran daripada itu, Sabella HQ hari ini tampil membuat satu kenyataan berhubung perkara tersebut.


“Seperti semua maklum, Sabella telah membuka jualan baju untuk dihantar sebelum Hari Raya Aidilfitri.


“Setelah mengambil kira status terkini di Sabella, isu melanda dan beberapa faktor yang berlaku, Sabella tidak dapat memenuhi penghantaran 100 peratus kepada semua pelanggan,” ujar kenyataan tersebut.


Tambahnya, kejadian yang berlaku adalah diluar jangkaan pihak Sabella.


“Hal ini disebabkan proses tambah baik sistem di Sabella secara tidak langsung memberi kesan atas pesanan yang perlu disiapkan dalam tempoh ditetapkan.


“Tambahan pula, faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan Kuala Lumpur turut mempengaruhi output yang perlu dikeluarkan,” jelasnya lanjut..


Berikut senarai produk yang terkesan;


Iklan



Sebelum 12/4/2021:

1. QUEENY 76

2. QUEENY 77

3. CLARA

4. QUEENY UNLIMITED 5.0 (Belum due date)

5. ESTELLA

6. LOREZ

7. DAISY

8. LARA

9. REESA 5.0

10. FREESIA

11. NELYSA





GEGARIA:

1. MORISSA

2. MORICA

3. CORRA

4. ROSELLA

5. ALEXA 50

6. LILY

7. DAISY

8. SALEENA


GEGARAYA:

1. QUEENY BATCH 3

2. QUEENY BATCH 4

3. ESTELLA

4. LOREZ

5. ALYSSA

6. ESTELLA

7. ADELIA BLOUSE


Pun begitu, bukan 100 peratus produk yang disenaraikan tidak dapat dihantar sebelum raya.


“Terdapat sebahagian kecil produk yang tiada dinyatakan di atas tidak terkesan dalam isu ini.


“Kami di Sabella juga akan sedaya upaya untuk membuat penghantaran sebelum Aildilfitri tiba selagi masih ada.


“Justeru, pihak Sabella memohon maaf atas apa yang berlaku dan bertanggungjawab 100 peratus ke atas isu yang melanda,” ujarnya.


Oleh itu, syarikat pakaian yang terkenal dengan tagline, ‘Baju Tak Payah Gosok’ komited memberikan solusi kepada kumpulan dropship dan pelanggan yang terkesan.


1) Solusi 1


Semua order yang tidak dapat dihantar sebelum raya akan menerima pakej pampasan berupa baju extra dan beberapa item eksklusif.


Pakej pampasan itu akan diberikan bersama order mereka yang dihantar selepas raya.


2) Solusi 2


Pulangan bayaran (refund). Pelanggan boleh meminta refund daripada Sabella menggunakan borang yang dikepilkan dan saluran ditetapkan. Dropship under leader (partner circle) perlu melalui proses refund melalui leader. Leader dan dropship di bawah HQ sahaja yang akan mengisi borang refund.


Jadi, bagi korang yang sedang sabar menanti pesanan koleksi baju raya, harap bertabahlah ya.

Sumber : SlNAR HARlAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.