Ticker

6/recent/ticker-posts

Harith Iskander sedih, anjing kudung peliharaannya pergi buat selama-lamanya

 


Pelakon dan pelawak Harith Iskander meluahkan rasa sedih selepas anjing peliharaannya yang kudung dua kaki telah mati.


Harith berkata, anjing betina bernama Marvella itu sudah dipelihara sejak Jun tahun lalu.


“Hari yang sangat sedih dengan hati yang kecewa, saya ingin memberitahu #marvellathewonderdog tidak lagi bersama kami. Dia masuk ke keluarga kami pada Jun 2020 dan terus menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Dia baik, berani dan peramah. Dia seolah tidak tahu dia tidak memiliki kaki depan.

“Kami ingin berterima kasih kepada @nurullainaabdulhamid kerana telah menyelamatkannya dan kemudian memberi dia kepada kami. Terima kasih Marvella telah ajar kami tentang rasa bersyukur. Terima kasih telah bawa senyuman dalam keluarga kami dan semua yang telah bertemu dengannya. Kamu merinduimu,” ujar Harith .

Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada individu bernama Nurul Aina yang telah membenarkan dia sekeluarga untuk membela anjing berkenaan.


Jelas Harith, Aina yang telah menyelamatkan anjing itu sebelum Harith mengambil keputusan untuk memeliharanya.

 

Pada tahun lalu, pelawak berkenaan pernah dikecam segelintir netizen gara-gara keputusannya untuk membela anjing berkenaan.


Bagaimanpun, terdapat juga segelintir yang tetap menyokong tindakan pelawak berkenaan. SM

Post a Comment

0 Comments