Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Wanita hamiI 7 bulan pilih cerai dengan suami yang tak pernah beri nafkah sejak kahwin dan tergamak memaksanya gugurkan kandungan

 




Baru-baru viral satu video di aplikasi tiktok memaparkan seorang wanita cekal menceritakan sisi  berbeza apabila suaminya meminta untuk dia mengugurkan anak yang dikandungkan yang sudah memasuki tujuh bulan, menerusi laporan dari portal Oh!Bulan.

Suami ajak CERAl jika tak guguurkan kandungan


Wanita ini yang dikenali di tiktok sebagai Opalopal memberitahu menerusi video berdurasi lebih kurang seminit itu, dia memilih jalan berpisah dari suaminya itu dari

mengambil jalan menggugurkan kandungannya semata-mata memenuhi kehendak suaminya yang disifatkan sebagai tidak wajar.


Tapi aku memutuskan untuk cerai daripada harus digugurkan kandungan ini kerana anak adalah anugerah dan amanah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. yang perlu dijaga dan disayangi dengan sebaik mungkin.


Wanita ini sempat menceritakan sepanjang mengandong dia sama sekali tidak mengalami alahan-alahan seperti ibu mengandong yang lain dan hanya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor susulan rasa saklt di bahagian perut.


Apa yang lebih menyedihkan, apabila si suami sempat memberikan alasan dia belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata kepada wanita ini.


Alasannya dia belum sedia punya anak. Dia juga tak pernah bagi nafkah dekat aku daripada mula kahwin sampailah kami ceral.


Menjenguk diruangan komen,rata-rata netizen menyokong dan bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh wanita cekal itu.


Dia pilih lelaki yang kahwin kerana naafsu semata-mata memanglah nak buat macam mana tak boleh salahkan takdir sebab Allah dah bagi kita akal fikiran untuk menentukan. Lagipun perempuan bila dah suka kat seseorang terus nak kahwin tak nak tunggu lama-lama, komen netizen.


Seorang netizen yang lain pula memberi komen, Faham perasaan tu Sis. Mulakan hidup baru tau. Sbb ada lelaki yy lebih layak utk Sis..Sy ms preggy anak kedua, bekas suami x mahu anak tu, suruh gugurkan, alasan dia x cukup duit nk bela anak lg sorang. Alasan utk hidup berfoya² sebenarnya. Anak kedua usia setahun kami berceral. 

Smpi skrg dia mmg langsung x amik peduli anak ke 2 sbb katanya xde iras muka dia, berbanding muka anak sulung seiras wajahnya. Xkn la semua anak nk ikut muka bapak kan. Alhamdulillah lepas juga neraka dunia bila bercerai dgn dia




Anak itu anugerah dari Allah..setiap anak pembawa rezeki..jagalah amanah Allah sebaik mungkin..sekurang² bila kita meninggal ada yang sedekahkan al fatihah.., komen netizen yang lain.


Sumber : OH!Bulan

Post a Comment

0 Comments