Ticker

6/recent/ticker-posts

Negara maju boIot bekalan VAKSlN C0VlD-19, kata Khairy Jamaluddin

 


Bekalan vaksln Covld-19 yang lambat sampai ke Malaysia disebabkan beberapa negara maju terlebih dahulu membolotnya menyebabkan Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan (PICK) juga bergerak perlahan.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata tindakan negara maju itu menyebabkan bekalan vaksln kepada kebanyakan negara seluruh dunia termasuk Malaysia terjejas, sekali gus menghadkan jumlah pemberian vaksln yang boleh diagihkan setiap hari.


Daripada 73.1 juta dos vaksln ditempah yang cukup untuk 120 peratus populasi negara, katanya, Malaysia hanya menerima kira-kira 8.42 juta dos daripada tiga portfolio vaksln setakat 18 Jun lalu, berikutan bekalannya yang terhad di seluruh dunia.


"Jika dibandingkan jumlah penerima sekurang-kurangnya satu dos vaksln berbanding keseluruhan penduduk, Malaysia tidak jauh ketinggalan berbanding Jepun malah kompetitif berbanding negara besar di Asia Tenggara.




"Namun, kita dapat saksikan jurang yang besar jika dibandingkan dengan negara maju lain yang membolot vaksln seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Kesatuan Eropah (EU), yang menunjukkan ketidakadilan pengagihan vaksln di seluruh dunia.



"Ini bukan alasan, tapi jelas menunjukkan kapasiti pemberian vaksln bukan masalah kita, tapi jadual penghantaran disebabkan ketidakadilan pengagihan vaksln.


"Rakyat perlu faham bahawa kerajaan telah sedaya upaya cuba mendapatkan vaksln secepat mungkin, tetapi inilah realiti dalam pengagihan vaksln," katanya pada sidang media maya menerusi aplikasi Zoom, hari ini.


Sidang media itu berhubung Pelan Pemulihan Negara - vakslnasi kunci kepada pertumbuhan dan pemulihan ekonomi, disertai bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


Khairy yang juga Menteri Penyelaras turut menunjukkan statistik kadar pemberian sekurang-kurangnya satu dos vaksln berbanding keseluruhan penduduk adalah 12.2 peratus setakat 18 Januari lalu, hanya ketinggalan kira-kira empat peratus berbanding Jepun, selain mendahului negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.



Bagaimanapun, ketidakadilan pengagihan vaksln dunia menyaksikan Kanada berada pada kadar 66.2 peratus, disusuli UK (62.5 peratus), AS (52.7 peratus) dan EU (46.6 peratus).


Khairy berkata, sebanyak 828,000 daripada 6.4 juta dos vaksln AstraZeneca menerusi fasiliti COVAX sudah diterima Malaysia setakat ini, selain empat juta daripada 44.8 juta dos vaksln Pfizer dan 3.6 juta daripada 12 juta dos vaksln Sinovac.


Bagaimanapun, katanya, Malaysia kini dapat meningkatkan kapasiti pemberian vaksln harian apabila bakal menerima lonjakan bekalan vaksln bermula bulan depan.


"Kita berjaya mengawalkan jadual penghantaran, apabila semua 12 juta dos vaksln Sinovac akan selesai diterima pada akhir bulan depan, manakala 25 juta dos vaksln Pfizer akan diterima pada suku ketiga tahun ini, iaitu antara Julai hingga September depan.


"Ini meletakkan negara dalam keadaan yang baik, sekali gus membolehkan Malaysia meningkatkan kapasiti pemberian vaksln harian pada suku ketiga tahun ini dan memastikan sasaran 80 peratus populasi divaksln, tercapai sebelum akhir tahun," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments