Header Ads

Breaking

Monday, June 21, 2021

Wawa Wahid Enterprise ditahan selepas viral video herdik polis di SJR

 


Wanita yang tular dalam rakaman ᴍᴇɴɢᴜɢᴜᴛ anggota polis di seka.tan jalan raya (SJR) di Jalan Kepayan, di sini, pada 17 Jun lalu direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.


Wanita berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di sebuah kondominium di Jalan Lintas, di sini, jam 11.20 tengah hari semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis ᴍᴇʀᴀᴍᴘᴀꜱ pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.


Katanya, polis turut mengambil tiga telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.


“Pakaian yang dirampas itu bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai oleh wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video.





“Ketika insiden itu, polis mengeluarkan ꜱᴀᴍᴀɴ terhadap wanita terbabit atas ᴋᴇꜱᴀʟᴀʜᴀɴ tamat tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan.


“Bagaimanapun berlaku kekec0han sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ᴜɢᴜᴛᴀɴ,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.




 Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.


Katanya, siasatan dijalankan mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 506 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ dan hasil siasatan lengkap akan diserahkan ke Timbalan ᴘᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ Raya untuk tindakan selanjutnya.


"Siasatan sudah meliputi 80 peratus dan wanita itu juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan," katanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.