Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen kecam Baby Shima kerana upload video ramas NAJlS di instagram, nafi sengaja cipta kontroversi murahan

 


Baru-baru ini, penyanyi yang juga merupakan seorang pelakon Baby Shima ada memuat naik satu posting di instagramnya yang memaparkan dirinya memegang najls dalam mangkuk tandas.


Susulan dari perkongsian tersebut, sesetengah netizen bengang dan menud0h penyanyi tersebut sengaja mencetuskan kontroversi murahan bagi menarik lagi banyak viewers kerana video pendek yang dimuat naik Baby Shima sebenarnya merupakan salah satu sedutan babak dalam filem terbaru lakonannya berjudul Nasi Kangkang.


Walaupun ianya hanya sekadar teaser namun ramai netizen menganggap penyanyi yang terkenal dengan genre dandung itu tidak mengambil kira sensitiviti kita sebagai orang timur yang penuh sopan santun.


Menerusi perkongsian dari Beautifulnara, dia berkata tidak pernah sedikit pun terfikir atau merancang untuk menjadi viral atau mahukan populariti.


“Saya pun tak pernah rancang benda ni nak viral atau tidak. Kalau benda tu viral..Alhamdullilah, cerita tersebut mampu menarik perhatian, kita tak boleh merancang kalau bab viral ni. Yang tentukan pun adalah netizen.”


Ketika ditanyakan mengenai babak tersebut, Shima berkata dia tidak malu untuk melakonkan aksi tersebut kerana ianya tidak salah sama sekali.


“Ala nak jijlk nanti semua orang akan pegang juga bila ada bayi dan bila mak bapa kita saklt mungkin kita pegang juga. Apa-apa pun kalau nak tahu najls itu betul atau tak nanti tengok di YouTube saya ya ada disebalik tabir.” ujarnya.





Terdahulu, sedutan video tersebut merupakan sebahagian babak filem itu merakamkan aksi Shima mengambil najls untuk dijadikan resipi masakan nasi tangas yang digunakan untuk ilmu sihir menundukkan suami.


SUMBER : Instagram Baby Shima via beautifulnara

Post a Comment

0 Comments