Ticker

6/recent/ticker-posts

Dilihat padam semua posting di IG, netizen speku Datuk Rizalman merajuk?

 


Daripada hampir 6000 posting namun kini cuma tinggal 3 posting sahaja di instagram milik Datuk Rizalman.


Tindakannya yang memadam hampir kesemua posting di media sosialnya itu telah menimbulkan tanda tanya kepada netizen. Namun sehingga kini belum dapat dipastikan sama ada pereka fesyen terkenal itu yang padam ataupun tidak.


Namun jika diamati pada 3 posting yang masih ada di instagramnya itu, dapat dilihat ianya berunsur Islamik serta memberi teguran kepada pengikutnya berkelakuan sopan.


Bukan itu sahaja, bahagian ‘bio’ pada Instagram yang sebelum ini memaklumkan makanan apa yang tidak dimakannya juga telah ditukar.


Tindakan spontan dari Rizalman telah menyebabkan ramai netizen bingung dan tertanya-tanya kenapa dia berbuat demikian. Menjenguk diruangan komen, ada segelintir netizen mendakwa pereka fesyen itu mungkin sentap dengan isu sebelum ini apabila dituduh tidak menghargai ikan salmon pemberian daripada peminatnya.


Bagaimanapun, ada yang mendakwa Rizalman mungkin meluat dengan sikap segelintir pengikutnya yang taksub mengenai kehidupan.



Untuk rekod, pereka fesyen terkenal itu telah menimbulkan kontroversi dan dikecam teruk oleh netizen selepas beliau didakwa tidak menghargai ikan salmon yang diberikan oleh peminatnya.


Lebih menjadi bualan netizen apabila Datuk Rizalman memberikan ikan salmon tersebut kepada kucingnya, namun ditolak oleh haiwan peliharannya itu.

Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments