Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki nekad kurung anak dan isteri dalam rumah kerana tertekan tiada kerja semasa PKP

 


Sepasukan anggota bomba terpaksa bertindak mem0tong kunci mangga dan mengumpil pintu sebuah rumah bagi menyelamatkan seorang wanita serta dua anaknya yang dikurong suaminya yang dipercayai mengalami tekanan perasaan.


Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip berkata, pihaknya menerima panggilan aduan pada pukul 8.51 malam semalam dan tiba di lokasi kejadian iaitu di Taman Nusa Intan dekat sini, sembilan minit kemudian.


“Kami mendapat laporan seorang lelaki bertindak mengunci pagar, grill dan pintu belakang rumahnya dari dalam kerana terteekan  tidak mempunyai pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  



“Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan. 

Kami terpaksa mem0tong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya hari ini. 


Menurut Zainurin, anggotanya juga dimaklumkan, wanita itu ada mengadu kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tekanan lebih terok dan abang kandungnya terpaksa datang dari Mambau, dekat sini untuk memujok.



“Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia empat bulan dan lebih setahun. Mereka dihantar ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan sejak pagi.


“Tiada sebarang kecedeeraan yang berlaku ketika kejadian dan lelaki itu diserahkan kepada  polis,” katanya.


Sumber – UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments