Ticker

6/recent/ticker-posts

Berniat nak beri RM50 ribu, MK K-Clique datang jumpa Pakcik Hadi

 


Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai video seorang warga emas dimalukan di khalayak ramai oleh seorang influencer dan usahawan sehingga mengundang kecaman hebat netizen.


Video tersebut turut mendapat perhatian ahli kumpulan K-Clique, MK, yang mahu memberikan sebanyak RM50,000 berkenaan selepas geram apabila mengetahui warga emas berkenaan ditawarkan RM50 kerana berani tampil ke hadapan.


Bagaimanapun, perkongsian MK di Insta Story mengenai pemberian RM50,000 itu telah dipadam. Menerusi Insta Story berbeza MK memohon maaf kerana terlalu emosi apabila melihat warga emas berkenaan diperlakukan sebegitu.


Terbaru, MK berkongsikan video berpeluang bertemu dengan warga emas dikenali sebagai Pakcik Hadi itu di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar.


Menerusi perkongsian itu, MK menitipkan doa agar Pakcik Hadi sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dalam hidup.


Perkongsian penyanyi rap itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji MK yang sudi menyantuni warga emas tersebut dalam masa sama memberi contoh kepada anak muda yang lain.




Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments