Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Jual abang single di Shopee, seller ini gelabah apabila terima pesanan dari pembeli

 


Seperti yang kita maklum, negara kita sekarang masih dalam perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan pandemlk C0VID-19. Ramai yang tidak boleh keluar rumah sesuka hati terutamanya yang ingin merentasi daerah atau negeri kecuali mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.


Mungkin disebabkan terlalu bosan akibat PKP, seorang netizen secara bergurau telah bertindak mengiklankan abangnya yang masih single di platform Shopee.


Video tersebut telah viral di platform tiktok apabila seller tersebut memaparkan ada seorang pelanggan telah membeli abangnya.

Menerusi video berkenaan, kelihatan gambar abang yang single itu dipaparkan di Shopee dengan bernilai 10sen. Dengan nama produk yang berkapsyenkan "Abang single untuk diletgo" itu telah menarik perhatian ramai. 


Apa yang lebih melucukan lagi adalah apabila seller menerima tempahan yang pertama. Seller tersebut dilihat sangat gelabah lalu bertindak untuk chat pembelinya itu dengan mengatakan "Kak saya gurau je kak".


Lebih menghiburkan lagi apabila pembeli tersebut membalas yang dia juga bergurau dan menyuruh seller ambil duit 10sen yang telah dibayar masuk ke dalam tabung. 



Video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen apabila sudah mendapat lebih 153k tontonan dan lebih dari 300 komen.


Ramai netizen yang menulis komen terhibur dengan gurauan tersebut.




Kredit : Tiktok nrlainsyhda via says seismik

Post a Comment

0 Comments